|
TUJUAN
Pertandingan ini telah dijalankan sejak bulan Ogos dan peringkat kemuncak telah berakhir pada hujung bulan oktober. Oleh itu, 3 pemenang telah dipilih bagi peringkat PIK. Mereka merupakan usahawan yang telah menjual produk sendiri di pelbagai platform seperti Shopee, Facebook dan lain-lain.
AKTIVITI
Aktiviti utama yang dijalankan ialah petugas akan memasukan nama peserta yang ingin bertanding. Kemudian, petugas akan memberikan kelas keusahawanan kepada peserta serta memantau kadar peratusan jualan peserta di platform online. Pemenang akan dipilih berdasarkan kadar tersebut dan hadiah wang tunai juga diberi kepada pemenang sebagai pembakar semangat mereka untuk memajukan produk secara atas talian. Akhir sekali, petugas PIK akan mengumumkan pemenang dan upacara penyampaian hadiah diadakan secara sederhana bagi mematuhi SOP fasa pandemik Covid19