|
TUJUAN
Kelas ini bertujuan membimbing para belia lepasan SPM yang ingin mendalami asas ilmu mengenai Microsoft. Oleh itu, petugas telah merangka jadual pembelajaran khas untuk mereka supaya mereka dapat mempersiapkan diri sebelum melangkah ke universiti kelak.
AKTIVITI
Setelah kelas asas MS Word yang lepas, petugas meneruskan kelas seterusnya iaitu Microsoft Powerpoint. Meski pun kelas ini hanya asas,bagi belia yang meyertai mereka amat teruja untuk belajar ilmu baharu dan boleh digunakan dalam kehidupan mereka setelah bergelar pelajar universiti kelak. Selain itu, petugas menerangkan peralatan atau tools yang terdapat dalam MS Powerpoint supaya mereka tidak keliru antara Word dan Powerpoint. Akhir sekali, petugas menyediakan tugasan menyiapkan satu tayangan menggunakan MS Powerpoint.