|
TUJUAN
Tujuan kelas ialah untuk pelajar lepasan SPM mempersiapkan diri mereka dengan kemahiran komputer seperti menaip. Oleh itu, petugas telah menyediakan kelas khusus bagi mereka yang tidak mahir menaip. Dengan menggunakan laman web Typing.com, para pelajar ini boleh mengakses dan belajar menaip secara pantas dalam had masa yang ditetapkan.
AKTIVITI
Selain belajar menaip, mereka juga didedahkan cara yang pantas untuk belajar menaip. Ini kerana terdapat cara dan kaedah yang boleh membantu mereka supaya dapat menaip dalam kadar masa yang ditetapkan. Petugas sentiasa akan menjadikan kelas menaip sebagai salah satu kelas asas yang penting supaya lebih ramai pelajar mempunyai kemahiran berkomputer.