|
TUJUAN
Program mewarna ini dianjurkan oleh petugas PEDi bagi menghargai pengorbanan seorang ibu membesarkan anak-anak. Oleh itu, petugas menjemput penduduk sekitar PEDi datang bersama anak mereka dan menyertai pertandinagn mewarna. Tujuan pertandingan ialah merapatkan hubungan antara ibu dan anak. Mereka boleh meluangkan masa bersama-sama dan mendapat hadiah yang telah disediakan oleh petugas.
AKTIVITI
Oleh kerana negara kita kini menuju fasa peralihan endenik, petugas hanya menjemput 10 orang ibu dan anak mereka. Jemputan diedarkan melalui edaran Whatapps group PEDi Kg Paya Mengkuang. Cara jemputan sebegini lebih cepat dan mudah untuk dicapai kadar kehadiran ke program ini. Ibu dan anak yang hadir diberi taklimat sedikit mengenai atur cara program. Program ini ringkas dan skop sasaran nya juga tidak terlalu besar iaitu ingin mengembalikan kemeriahan program yang dijalankan di PEDi sebelum pandemik melanda dunia. Petugas menyediakan hadiah untuk semua yang hadir sebagai tanda terima kasih pihak petugas untuk mereka.