mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI BULAN JULAI 2022(2):ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PEJABAT KESIHATAN DAERAH PENDANG

 

TARIKH :12/7/2022
MASA

: 10.00 PG – 1.00PTG

LOKASI : PEDI KG PAYA MENGKUANG
PESERTA

: 20 peserta

TUJUAN

Program advokasi ini anjuran petugas PEDi Kluster Pendang sebagai aktiviti bulanan bersama pejabat kerajaan. Pejabat Kesihatan Daerah Pendang menjadi pilihan PEDi untuk bulan Julai kerana lokasi pejabat kesihatan terletak tidak jauh dari PEDi Kluster Pendang.

AKTIVITI

Aktiviti utama yang telah dirancang oleh petugas PEDi ialah memberi taklimat tentang penipuan atas talian yang sedang berleluasa di semua media platform. Oleh itu, petugas telah menyediakan tayangan dan taklimat yang penuh dengan mesej yang bermanfaat. Selepas selesai taklimat, petugas menyediakan kuiz spontan sebagai penutup kepada taklimat KDB. Selain itu, petugas PEDi telah menyediakan pelbagai jenis permainan sebagai usaha menarik perhatian kesemua peserta yang telah hadir. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz spontan dan permainan.

GAMBAR DISINI