|
TUJUAN
Advokasi KDB ini merupakan salah satu kelas pembelajaran atas talian yang seingkali diadakan di PEDi Kg Paya Mengkuang. Petugas akan menyediakan soalan KDB berdasarkan tajuk seperti online grooming, penipuan atas talian dan sebagainya.
AKTIVITI
Sebagai permulaan, sedikit taklimat dan penerangan ringkas disampaikan kepada peserta yang hadir. Mereka diberi pilihan untuk memilih tempat duduk dan komputer supaya mereka selesa sepanjang kelas ini berlangsung. Selain itu, mereka juga diberi peluang untuk menonton video berkaitan tajuk KDB yang bakal dijawap. Ini dapat membantu para peserta menjawab soalan Quizizz.