|
TUJUAN
Advokasi Klik Dengan Bijak ini diadakan pada hari terakhir program kerjasama Rakan Digital bersama Giatmara Pendang. Petugas PEDi menyediakan beberapa jenis soalan yang perlu dijawab oleh para pelajar Giatmara yang hadir. Mereka berumur 15 tahun hingga 29 tahun.
AKTIVITI
Sebelum menjawab soalan kuiz, petugas menerangkan serba sedikit tentang peranan PEDi dan apa itu advokasi supaya mereka lebih mudah untuk menjawab soalan kuiz. Selain itu, petugas PEDi juga ada menyediakan hadiah kepada 5 orang terawal yang dapat menjawab soalan dengan betul.