|
TUJUAN
Program ini melibatkan komuniti kampung paya kerchut dan petugas KEMAS dan PEDi Kluster Pendang. Selain bergotong-royong membersihkan persekitaran pejabat KEMAS, para petugas PEDi juga turut menyediakan soalan kuiz berserta hadiah bagi peserta yang menyertai kuiz tersebut.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan mengemas persekitaran Pejabat Kemas. Para peserta yang hadir ternyata bersemangat kerana ini merupakan aktiviti tahunan yang sentiasa dianjurkan oleh para petugas Kemas. Setelah selesai mengemas, peserta diberi sedikit taklimat mengenai Klik dengan bijak. Selepas itu, petugas mengedarkan soalan berdasarkan taklimat yang telah diberikan. Para pemenang dipilih berdasarkan jawapan betul terbanyak yang dijawab.