|
TUJUAN
Aktiviti STEM merupakan aktiviti kemahiran yang baharu diperkenalkan di PEDi. Setiap peserta yang menyertai aktiviti ini haruslah berfikir di luar kotak pemikiran mereka sedia ada. Aktiviti STEM merangsang pemikiran kreatif para peserta yang terlibat.
AKTIVITI
Bagi bulan September, aktiviti bereksperimen bertajuk lava lamp telah menjadi pilihan petugas PEDi. Untuk mewujudkan lava di dalam permukaan cawan, soda bikarbonat dan minyak masak digunakan sebagai campuran. Selain itu, pewarna makanan dan cuka dicampur di dalam bekas cawan asing. Kemudian, pewarna makanan yang telah larut dalam cuka dicampur sedikit demi sedikit bagi menghasilkan lava yang cantik