mcmc
Persatuan Wanita

Wanita Hari ini

KELAS KEUSAHAWANAN

 

MODUL 1 : PENGENALAN KOMPUTER , TATACARA PENGGUNAAN KOMPUTER DAN ASAS MENAIP 

 

Kelas asas menaip menggunakan microsoft word. Kelas  untuk golongan wanita ini sering diadakan pada setiap hari jumaat sahaja . Ini kerana pada hari jumaat adalah hari bercuti mereka dengan itu mereka telah meminta untuk mengadakan kelas untuk mereka pada setiap hari jumaat.

 

 

 

 

 

 

PROGRAM HARI KLIK DENGAN BIJAK (KDB)  BERSAMA KAUM WANITA

 

Program hari klik dengan bijak (KDB) telah dilangsungkan pada hari jumaat bertarikh 27 februari 2015 , masa 9.30 pagi sehingga 1.00 petang ini adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang penggunaan internet dengan betul dan selamat serta tip-tip keselamatan menggunakan internet dengan bijak di kalangan komuniti. Ini kerana ada di kalangan mereka yang masih belum mengetahui apakah kesan-kesan kepada penyalahgunaan internet.

Didalam program ini juga kami telah menyediakan beberapa buah video tentang KDB untuk tontonan mereka. Video-video ini akan menunjukkan tentang cara-cara penggunaan internet dengan betul serta selamat dan kesan-kesan penyalahgunaan internet kepada masyarakat yang  mengambil ringan tentang faktor-faktor keselamatan penggunaan internet. Selain itu, didalam VT ini juga ada menerangkan tentang langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan internet.

 

PENERANGAN TENTANG KDB

 

PERTUNJUKKAN VIDEO KDB

 

PESERTA MENJAWAB SOALAN KUIZ KDB

 

PESERTA-PESERTA KLIK DENGAN BIJAK (KDB)

 

BENGKEL KEUSAHAWANAN MEMBUAT AIS KRIM ( HOMEMADE ICE CREAM ) DAN SEMARAK JAWI ( PENULISAN KHAT  ) 

 

Program keusahawanan ini telah berlangsung pada 10 Mac 2015 iaitu pada hari selasa bertempat di PI1M Kg.Paya Mengkuang dan di atas kerjasama bersama Perpustakaan Desa Kg.Paya Mengkuang. Seramai 33 orang peserta dari kalangan wanita yang telah melibatkan diri dalam bengkel ini. Berikut adalah acara-acara yang telah dijalankan dengan jayanya iaitu :

1) Menunjukkan demo untuk membuat ais krim

2) Pertandingan penulisan Khat

 

 

 

 

 

 

 

 

PESERTA-PESERTA YANG MENYERTAI PROGRAM INI

 

AKTIVITI  KEUSAHAWANAN  :  GUBAHAN  BAHAN  TERBUANG

 

Aktiviti ini telah dijalankan di PI1M Kg Paya Mengkuang pada tarikh 17 Mac 2015 iaitu pada hari selasa. Aktiviti ini telah mendapat sambutan ramai daripada pihak komuniti setempat. Seramai 14 orang peserta yang telah mengambil bahagian dalam aktiviti gubahan ini. Bahan dan barangan yang diperlukan perlu disediakan sendiri oleh peserta. 

 

 

 

 

 

 

 

PERTANDINGAN  JARI INTANKU ” SENI LIPATAN TUALA”  

 

Pertandingan seni lipatan tuala ini telah diadakan di PI1M Kg Paya Mengkuang pada 24 april 2015 pada jam 10.00 pagi sehingga 12 tengah hari. Acara ini telah disertai seramai 10 orang dan semuanya adalah dari golongan wanita. Mereka telah diberikan kebebasan untuk menunjukkan bakat masing-masing dengan hanya menggubahah menggunakan sehelai tuala sahaja. Disini telah dilampirkan gambar-gambar sepanjang acara tersebut berlangsung