Golongan belia terutamanya di Kampung Paya Mengkuang dipimpim oleh Encik Ghadzali Bin Ismail seperti juga persatuan wanita. Ahli-ahli persatuan pemuda ini adalah kebanyakkannya daripada empat buah kampung yang bersatu iaitu Kampung Paya Mengkuang, Kampung Paya Serdang, Kampung Baru dan Kampung Lebuk Reba. Golongan pemuda ini adalah antara penyumbang tenaga terbesar di dalam sesebuah majlis keramaian di kampung. Golongan ini seharusnya akan ringan tulang dalam membantu kerja-kerja yang perlu dilaksanakan bagi mempermudahkan kelancaran majlis. Aktiviti gotong-royong di sekitar kampung juga memerlukan golongan ini.
AKTIVITI ANAK MUDA BELIA DI KAMPUNG PAYA MENGKUANG
Aktiviti pertandingan motocross ini sering dijalankan oleh penduduk kampung ketika masing-masing kelapangan. Ini adalah bertujuan untuk keseronokkan bersama dan boleh mngeratkan lagi hubungan silaturahiim sesama bermasyarakat.
PROGRAM “MEMBARA” MEMBANTU RAKYAT ( GERAK TUMPU DAFTAR PEMILIH PARLIMEN PENDANG)
Program ini telah berlansung pada 20 Mac 2015 bertempat di dewan ramai Kampung Paya Mengkuang. Ajk-ajk Kampung telah terlibat untuk menjayakan program ini. Program ini juga telah mendapat sambutan ramai oleh komuniti-komuniti setempat. Program ini juga telah berlangsung pada hari yang sama di seluruh daerah Pendang
PROGRAM AKTIVITI SEMPENA HARI BERSAMA PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA KAMPUNG PAYA MENGKUANG
PERTANDINGAN GUSTI LENGAN LELAKI DEWASA
Pertandingan gusti lengan ini telah diadakan di PI1M Kg Paya Mengkuang pada 06 Mei 2015 iaitu pada hari kejadian Hari Bersama Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Paya Mengkuang. Acara ini telah disertai oleh 10 orang dan semuanya daripada golongan lelaki sahaja. Peserta
– peserta nya tergolong daripada empat buah kampung yang berhampiran. Terdapat pelbagai acara yang berkaitan dengan golongan belia.
PERTANDINGAN TARIK TALI LELAKI DEWASA
Acara ini telah disertai oleh seramai 16 orang peserta dan mempunyai dua kumpulan sahaja. Acara tarik tali ini telah dijalankan di kawasan perumahan berdekatan . Ini adalah kerana untuk mengelakkan daripada sebarang kemungkinan kecedaran. Ini adalah kerana acara ini tidak sesuai dilangsungkan di kawasan yang berbatu dan harus dilangsungkan di kawasan yang berumput dan bertanah