mcmc
Galeri Foto

BENGKEL E REZEKI BERSAMA PERPUSTAKAAN DESA ZON 7

AKTIVITI : BENGKEL E REZEKI BERSAMA PERPUSTAKAAN DESA ZON 7

TARIKH : 16 MEI 2018

MASA : 9.00 PG – 1.00 TGH

TEMPAT : PUSAT INTERNET KAMPUNG PAYA MENGKUANG

Tujuan bengkel eRezeki ini diadakan adalah untuk memperkenalkan program eRezeki sebagai satu platform kepada komuniti untuk mendapatkan manfaat daripada peluang ekonomi digital. eRezeki membuka peluang kepada individu dan isi rumah berpendapatan rendah untuk meraih peluang menjana pendapatan , menerusi kaedah dan teknologi digital. Peserta eRezeki akan diberi latihan untuk tugasan yang bersesuaian dan mereka menjadi sebahagian tenaga kerja digital yang berdaya saing. Peserta yang menyertai program ini adalah peserta daripada kakitangan Perpustakaan Desa Zon 7 Kedah. Perlaksanaan latihan dan aktiviti yang dijalankan adalah pengenalan kepada program eRezeki, pendaftaran akaun erezeki.my serta jenis-jenis kerja eRezeki. Pemilihan kerja-kerja eRezeki yang bersesuaian dengan kelayakan peserta , latihan praktikal eRezeki iaitu 8coin.my, tayangan video berkaitan eRezeki serta penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta bengkel eRezeki.