
- This event has passed.
Program Kayuhan Basikal Di Felda Sungai Tiang
May 6, 2016 @ 8:00 am - 5:00 pm
Acara ini telah disertai oleh komuniti setempat sekitar Sungai Tiang. Pelbagai peringkat umur dan golongan telah menyertai program yang meriah ini. Program ini juga telah mendapat sambutan hebat dikalangan peserta dan juga pengunjung yang hadir bagi memeriahkan lagi suasana sepanjang perjalanan program. Pelbagai aktiviti turut diadakan bagi menambahkan kemeriahan program. Antaranya adalah senaman pagi bersama wanita, permainan teka silang kata, maze, teka jumlah biji kacang dan wefie bersama petugas PI1M.