USAHAWAN THE WALKING BEAUTY HOME & MOBILE SPA BY CAHAYA KASIH ( SPA BERGERAK RUMAH KE RUMAH )
Puan Noor Shuhailawati binti zulkifli merupakan seorang usahawan yang baru sahaja berjinak-jinak dalam bidang membuat perniagaan spa bergerak rumah ke rumah. Beliau telah bergiat aktif dalam bidang ini sejak akhir tahun 2017 yang lalu. Beliau menetap di kampung gajah puteh, mukin jeneri , sik kedah. Beliau mempunyai dua orang cahaya mata . Beliau telah menggunakan produk daripada syaklee sebagai bahan utama dalam hasil ramuan treatment beliau. Terdapat pelbagai jenis pakej spa yang dihasilkan oleh beliau sendiri.Jika berminat anda bolehlah menghubungi beliau di talian 019-5994541 atau mengikuti beliau di laman facebook beliau iaitu https://www.facebook.com/noor.suhailawati
USAHAWAN PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA (PKS) SEJUK BEKU MAKANAN SERTA SATE AYAM KUAH KACANG
Puan Salbiah Binti Mohd Isa merupakan seorang usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam bidang sejuk beku makanan. Beliau memfokuskan kepada penghasilan karipap sejuk beku aneka rasa dan sate ayam kuah kacang . Beliau telah menjalankan perniagaan ini sejak 5 tahun yang lalu dan beliau berjinak-jinak secara atas talian apabila mengikuti latihan ICT dan bengkel keusahawanan yang dianjurkan oleh PI1M Kg Paya Mengkuang. Jika berminat untuk membuat tempahan karipap dan sate sila hubungi beliau di talian 017-5963759 atau ke laman facebook beliau iaitu https://www.facebook.com/sitisalbiah.sitisalbiah.1
JURUJUAL SPRAY SUPER MOM PUAN HAJAR ZAKARIA
Puan Siti Hajar Binti Zakaria merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Memandangkan beliau adalah seorang surirumah beliau telah mengambil keputusan untuk melibatkan diri didalam bidang perniangaan atas talian iaitu online. Beliau telah menjadi agent bagi produk spray super mom di daerah pendang dan kuala muda. Jika ada yang berminat dengan produk ini anda boleh la menghubungi beliau di talian berikut 013-3537564
JURUJUAL PENAPIS AIR BIO ENERGY WATER
Encik Muhammad Syawal bin Abdul Majid merupakan seorang jurujual (salesman) di sebuah syarikat yang bernama Al Haziq Venture yang bertempat di Taman Bertam Indah Kepala Batas Pulau Pinang. Encik Syawal telah berkecimpung didalam bidang menjadi jurujual ini selama 3 tahundan telah berjaya memajukan diri di dalam syarikat tersebut saban hari. Beliau sentiasa mencecah target yang diberikan setiap bulan bagi mengkaut keuntungan syarikat dan dirinya. Penapis air bio energy water ini telah dikenali diserata tempat, antaranya adalah seperti di daerah Alor Star, Pendang, Gurun, Yan, Sunga Petani , daerah Sik Baling serta daerah Pulau Pinang dan Perlis. Jika ada yang berminat untuk mencuba penapis air bio energy water ini boleh menghubungi beliau seperti di bawah :
Hubungi : 01118686992
Facebook :https://www.facebook.com/alhaziq.venture?hc_ref=ARQ2OwXi4t7KWJKUY8TW4cux42TWiMxvYCJSPsE3Xbr1RGKg-jsl8RN_5vuiLyXa9z
PERNIAGA PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN
Puan Suzana Binti Yahya berumur 30 tahun dan menetap di kampung paya serdang.Beliau mempunyai seorang suami dan seorang cahaya mata. Beliau merupakan seorang pembantu di Tabika KEMAS kampung paya mengkuang. Disamping kerja tersebut beliau amat aktif dalam menjalankan perniagaan secara atas talian (online) dan juga secara runcit. Jenis barangan perniagaan beliau adalah aneka jenis kek dan roti buatan sendiri dan menjadi agent jus whoda iaitu produk kesihatan dan kecantika. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perniagaan beliau sila kunjungi facebook beliau di https://www.facebook.com/ana.yahya.773?fref=nf
Untuk tempahan sila hubungi Puan Suzana di talian 012 5768606
USAHAWAN TANAMAN CENDAWAN VOLVARIELLA ATAU CENDAWAN JERAMI
Sarah binti Hussain merupakan seorang usahawan tanaman cendawan volvariella atau dikenali sebagai cendawan jerami di Kg Bukit Morai Pendang. Selain itu, beliau juga turut menghasilkan produk pekasam seperti pekasam daging, ikan dan telur sotong . Terbaru beliau menghasilkan makanan kering iaitu crunchy caramel dan agar-agar kering serta produk hiliran daripada cendawan volvariella iaitu serunding cendawan volvariella. Puan sarah juga merupakan seorang siswazah pengajian media daripada Universiti Malaya.
Sila kunjungi facebook beliau di https://www.facebook.com/sara.hussain.98031
Untuk tempahan sila hubungi beliau di talian 014 6004303
USAHAWANAN ZURAIDA HOMEMADE KG PAYA MENGKUANG
Puan Zuraida Binti Mat Rotebe berumur 33 tahun dan menetap di kampung paya mengkuang. Beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa . Beliau mempunyai seorang suami dan memiliki dua orang cahaya mata . Disamping menjadi suri rumah beliau telah mula berjinak-jinak sebagai hobi sahaja sebelum berjaya kemudian beliau telah mula mendapat tempahan daripada rakan-rakan dan juga jira tertangga. Setelah itu, beliau telah mula membuka perniagaan ini secara meluas sejak tahun 2014 yang lalu. Dan kini perniagaan beliau telah menjadi sumber pendapatan sampingan dan beliau juga telah berhasrat untuk membuka sebuah kedai sendiri dan ianya masih didalam perancangan. Beliau adalah dibawah label ZMR SUCCESS ENTERPRISE. Gambaran dibawah adalah antara hasil kerjatangan beliau dalam mendekoh kek dan membuat kek yang ditempah. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai beliau sila layari laman facebook beliau di https://www.facebook.com/zuraida.matrotebe
Sebarang tempahan sila hubungi beliau di talian 017 4011684
PENJUAL PRODUK-PRODUK CLV RAHSIA PEMIKAT SUAMI DAN ISTERI
Nor Baizatul Azwa Binti M.Baseri adalah seorang pelajar yang menuntut di IPTS Kedah. Memiliki kemahiran untuk membuat pelbagai jenis mekup serta menjual barangan produk-produk daripada CLV rahsia pemikat suami dan isteri . Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai beliau sila kunjungi laman sosial beliau di https://www.facebook.com/profile.php?id=100009296769432&pnref=story
USAHAWAN BAKERY SERTA KUEH MUEH
Puan Noor Fitriyana Binti Yaacob berumur 29 tahun dan menetap di kampung paya mengkuang bersama seorang suami serta 3 orang cahaya mata. Beliau bekerja sebagai guru tadika pasti al ihsan dan secara langsung menjalankan perniagaan bakery serta pembuatan kueh mueh. Setelah mengikuti bengkel dekorasi kek anjuran Nisa’ Pendang , beliau mula berjinak-jinak dalam perniagaan dengan menerima tempahan daripada komuniti sekitar kampung paya mengkuang , pendang, gurun dan sungai petani. Beliau memulakan perniagaan ini sejak julai 2015 dan kian berkembang dari hari ke hari sehingga kini. Beliau juga sering mempromosikan hasil perniagan beliau melalui laman sosial facebook, wechat , whatsapp dan juga dashboard my shop. Sila layari laman facebook beliau di https://www.facebook.com/noorfitryana.yaacob.5?fref=nf
USAHAWAN BUSANA PENGANTIN DELIMA PERMATA
Puan Norasmaliza Binti Mohd Nordin berumur 37 tahun dan menetap di Kg Paya Serdang sejak Berkahwin. Beliau merupakan seorang suri rumah merangkap seorang usahawan busana pengantin serta ajk Jkkk Kg Paya Mengkuang. Belia mempunyai 4 orang cahaya mata bersama suami tercinta. Kesemua nya adalah ahli aktif PI1M Kg Paya Mengkuang. Belia telah mula berjinak-jinak dengan perniagaan ini sejak tahun 2009 sehingga kini. Selain itu, beliau juga ada membuat tambahan pendapatan dengan menjahit dan menjual baju serta pakaian lelaki dan perempuan. Busana Pengantin beliau terletak di alamat Delima Permata Enterprise , Kg Paya Serdang, Mukim Padang Peliang, 06750 Pendang, Kedah.
Sila kunjungi facebook beliau untuk menddapat lebih banyak info mengenai beliau di facebook Delima Permata. Atau anda juga boleh hubungi beliau di talian 012 5828580 atau 014 2403583.
PELUKIS POTRET DAN KARIKATUR
Seorang pelukis yang dikenali ramai iaitu Mohamed Shukri Bin Hashim atau lebih dikenali sebagai Paklang oleh penduduk kampong ini. Paklang yang berumur 50 tahun mempunyai seorang isteri yang bernama Rohaya Binti Kames berumur 45 tahun dan memiliki dua orang cahaya mata iaitu Mohamad Ilham Dan Siti Aishah. Masing-masing masih meneruskan pengajian di institut-institut. Beliau telah bekerja sebagai pelukis tetap di Giant Souq Al-Bukhary Alor Star. Beliau juga telah memiliki pengalaman selama 10 tahun dalam bidang melukis terutamanya gambar potret. Sedia menerima tempahan kepada yang berminat sila hubungi Paklang di talian 011 29505406. Boleh juga melawati laman social beliau di facebook iaitu Alang Adi Jagat. Disini telah saya lampirkan gambar-gambar hasil lakaran Paklang sendiri.
KOLEKSI GAMBAR DAN KARYA BELIAU
PERNIAGA KEDAI RUNCIT
Encik Mansor Bin Ismail adalah seorang peniaga kedai runcit di Kampung Paya Mengkuang. Kedai runcit ini telah diwarisi oleh bapa nya kepada beliau untuk meneruskan perniagaan tersebut. Kedai ini telah dibina pada beberapa tahun yang lalu dan telah dimajukan oleh beliau iaitu Encik Mansor yang dikenali dengan nama panggilan dalam kampung iaitu Chot. Di dalam kedai beliau terdapat hampir keseluruhan keperluan yang diperlukan oleh penduduk kampung. Dengan adanya kedai beliau di dalam kampung ini ia lebih memudahkan penduduk kampung untuk membeli barang tanpa keluar ke pekan. Selain itu, di kedai ini juga terdapat tempat mengisi minyak. Beliau juga telah menyediakan perkhidmatan topap iaitu topap kad dan secara atas talian. Disamping itu, kedai beliau juga ada menjual barang-barang basah dan kering juga.
PERNIAGAAN SATEY
Abdul Mutalib Bin Awang berumur 53 tahun ialah seorang pengusaha satey yang telah bergiat aktif selama 13 tahun yang lalu sehingga kini. Beliau mempunyai seorang isteri yang bernama Puan Salmah Binti Omar. Beliau dikenali sebagai Pakdun satey di khalayak ramai. Beliau telah membuka gerai satey tersebut di persimpangan jalan yang terletak di Batu lima Jalan Jeniang. Beliau juga sering menerima tempahan daripada pelanggan sehingga mencecah 900 cucuk sate. Encik Abdul Mutalib telah membuat pemprosesan sendri tanpa menngupah pekerja. Beliau telah membuat segala persiapan di rumah beliau sebelum dijual di gerai. Beliau hanya menjual satey ayam sahaja dan telah mendapat pembekal daripada sahabatnya yang tinggal di Kampung Batu 5 tersebut