mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2018 Q1 : USAHAWAN 1

NAMA : JAMILAH BINTI SHAFIE
UMUR : 48 TAHUN
AHLI : 8 OKTOBER 2016

LATAR BELAKANG

Puan Jamilah binti Shafie merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Dalam pada itu juga, beliau turut mengusahakan kraftangan secara kecil-kecilan sebagai pendapatan sampingannya. Bentuk perusahaan kraftangan yang dihasilkan oleh beliau adalah kraftangan daripada surat khabar. Daripada bahan kertas surat khabar lama, Puan Jamilah menghasilkan bekas bunga telor, bakul, dan pelbagai bentuk karaftangan.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Sebelum penglibatan dengan aktiviti dan program yang dijalankan oleh Pusat Internet , Puan Jamilah  tidak mahir menggunakan kemudahan ICT kerana beliau tidak pernah mendapat pendedahan tentang ilmu ICT memandangkan beliau seorang suri rumah sepenuh masa dan menghasilkan kraftangan ini hanya sekadar sebagai hobi dan mengisi masa lapang sahaja.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Selepas penglibatan dengan program-program dan aktiviti-aktiviti  di Pusat Internet , PuanJamilah menjadikan Pusat Internet sebagai satu platform untuk beliau mempelajari dan menambahkan pengetahuan dalam bidang ICT serta menjadikan Pusat Internet sebagai satu tempat penerimaan dan penyaluran informasi melalui e-kerajaan. Puan Jamilah sangat aktif menyertai bengkel dan latihan berkaitan kemahiran keusahawanan yang sering dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Paya Mengkuang.