mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2018 Q1 : USAHAWAN 2

NAMA : NOOR SHUHAILAWATI BINTI ZULKIFLI
UMUR : 37 TAHUN
AHLI : 1 JANUARI  2018

LATAR BELAKANG

Puan Noor Shuhailawati merupakan seorang usahawan yang baru sahaja berjinak-jinak dalam bidang membuat perniagaan spa bergerak rumah ke rumah. Beliau telah bergiat aktif dalam bidang ini sejak akhir tahun 2017 yang lalu. Beliau menetap di Kampung Gajah Puteh, Sik Kedah. Beliau mempunyai dua orang cahaya mata . Beliau telah menggunakan produk daripada syaklee sebagai bahan utama dalam hasil ramuan treatment beliau. Terdapat pelbagai jenis pakej spa yang dihasilkan oleh beliau sendiri.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Sebelum penglibatan dengan aktiviti dan program yang dijalankan oleh pihak Pusat Internet , Noor Shuhailawati tidak mahir dalam menggunakan ICT kerana beliau tidak pernah mendapat pendedahan tentang ilmu ICT memandangkan beliau hanya mendapat pendidikan di tahap menengah sahaja. Beliau juga tidak mahir untuk mempromosikan perniagaan beliau di laman media sosial.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Selepas penglibatan dengan program-program dan aktiviti di Pusat Internet , Noor Shuhailawati menjadikan Pusat Internet sebagai satu platform untuk beliau mempelajari dan menambahkan pengetahuan dalam bidang ICT serta menjadikan Pusat Internet sebagai satu tempat penerimaan dan penyaluran informasi melalui e-kerajaan. Selain itu, beliau juga telah mempelajari langkah mempromosikan produk di atas talian serta mendalami langkah pengurusan perniagaan dengan sebetulnya.