NAMA | : SITI NOOR AIYSYAH BT ABU KHASIM |
UMUR | : 18 TAHUN |
AHLI | : 17 SEPTEMBER 2014 |
LATAR BELAKANG
Adik Noor Aiyshah merupakan seorang pelajar di Kolej Komuniti Sungai Petani iaitu Sijil Kemahiran Malaysia 2017 -2018. Beliau merupakan anak sulung daripada tiga orang adik beradik. Di kalangan adik-beradiknya, beliau sering menjadi sumber rujukan buat adik-adiknya untuk membuat kerja sekolah dan ulang kaji mata pelajaran. Adik Noor Aiyshah adalah seorang yang aktif berkunjung ke Pusat Internet Kg Paya Mengkuang untuk menggunakan kemudahan ICT yang disediakan serta mengikuti kelas dan latihan yang dianjurkan.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Sebelum penubuhan Pusat Internet di Kg Paya Mengkuang, adik Noor Aiyshah menyatakan beliau tidak mengetahui langsung mengenai selok-belok penggunaan komputer dan teknologi maklumat. Dengan itu, tuntutan sebagai murid untuk mendapatkan maklumat serta sumber rujukan dan membuat kerja-kerja kursus yang diminta oleh guru menjadi satu cabaran bagi adik Noor Aiyshah dalam pelajarannya.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Rentetan itu, beliau bertekad untuk mempelajari kemahiran komputer dan teknologi maklumat dengan mendaftar sebagai ahli Pusat Interrnet Kg Paya Mengkuang. Hasil pembelajaran dan penglibatan dengan kursus serta latihan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Paya Mengkuang, adik Noor Aiyshah kini telah berada di tahap mahir dalam penggunaan komputer dan ICT. Hal ini adalah disebabkan adik Noor Aiyshah sering menghadiri ke setiap program, kelas dan latihan yang dianjurkan untuk meningkatkan lagi pemantapan kemahiran dalam menguasai internet dan perisian computer dengan lebih cekap dan efektif.