NAMA | : NOR BAIZATUL AZWA BINTI M.BASERI |
UMUR | : 22 TAHUN |
AHLI | : 12 DISEMBER 2014 |
LATAR BELAKANG
Nor Baizatul Azwa atau lebih dikenali sebagai Wawa Lavender sebagai nama penanya menerusi akaun facebook merupakan seorang belia yang sangat komited dalam bidang perusahaan. Beliau menjalankan perniagaan mekap artis secara ‘freelance’. Beliau menjalankan kerja mekap secara sendiri dan beliau mempelajarinya melalui tutorial mekap melalui Youtube serta facebook. Beliau seorang yang amat menitikberatkan penjagaan kesihatan dan kecantikan dalaman dan juga luaran.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Sebelum penglibatan dengan aktiviti dan program yang dijalankan oleh Pusat Internet, Wawa tidak mahir menggunakan kemudahan ICT kerana beliau tidak pernah mendapat pendedahan tentang ilmu ICT memandangkan beliau seorang bekas pelajar daripada sekolah menengah sahaja.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Selepas penglibatan dengan program-program dan aktiviti-aktiviti di Pusat Internet, PuanJamilah menjadikan PI1M sebagai satu platform untuk beliau mempelajari dan menambahkan pengetahuan dalam bidang ICT serta menjadikan Pusat Internet sebagai satu tempat penerimaan dan penyaluran informasi melalui e-kerajaan. Wawa sangat aktif menyertai bengkel dan latihan berkaitan kemahiran keusahawanan yang sering dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Paya Mengkuang.