mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2018 Q2 : USAHAWAN 2

NAMA : SHAHRUL AZMI BIN MUHAMMAD
UMUR : 29 TAHUN
AHLI : 15 APRIL 2015

LATAR BELAKANG

Encik Azmi merupakan seorang belia yang mempunyai citi-cita untuk memiliki perniagaan membuat perabut daripada kayu pallet berkualiti berbekalkan minat dan kreativiti yang dimiliki oleh beliau. Beliau amat bertuah kerana memiliki seoarang isteri yang sangat menyokong usaha beliau menghasilkan perabut yang sangat cantik dan kreatif. Selain membuat perabot pallet,  beliau juga turut berniaga runcit di dalam Kg Paya Mengkuang.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Sebelum penglibatan dengan aktiviti serta program yang dijalankan oleh Pusat Internet, Encik Azmi  kurang mahir menggunakan kemudahan ICT kerana beliau tidak pernah mendapat pendedahan tentang ilmu ICT memandangkan beliau hanya mendapat pendidikan di tahap menengah sahaja.Beliau juga kurang pendedahan dengan ilmu baru yang berbentuk media social.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Selepas penglibatan dengan program-program dan aktiviti-aktiviti  di Pusat Internet Kg Paya Mengkuang, Encik Azmi  menjadikan pusat internat sebagai satu platform untuk beliau mempelajari dan menambahkan pengetahuan dalam bidang ICT serta menjadikan pusat internet sebagai satu tempat penerimaan dan penyaluran informasi melalui e-kerajaan.