mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2018 Q2 : USAHAWAN CELIK IT

NAMA : NOOR AISYAH BINTI NORDIN
UMUR : 12 TAHUN
AHLI : 12 SEPTEMBER 2014

LATAR BELAKANG

Adik Nor Aisyah merupakan seorang murid Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Paya Mengkuang, Pendang Kedah. Adik Nor Aisyah sememangnya seorang yang aktif berkunjung ke Pusat Internet Kg Paya Mengkuang untuk menggunakan kemudahan ICT yang disediakan serta mengikuti kelas dan latihan yang dianjurkan.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Sebelum penubuhan Pusat Internet di Kg Paya Mengkuang, adik Nor Aisyah menyatakan beliau tidak mengetahui langsung mengenai selok-belok penggunaan komputer dan  teknologi maklumat. Dengan itu, tuntutan sebagai murid untuk mendapatkan maklumat serta sumber rujukan dan membuat kerja-kerja kursus yang diminta oleh guru menjadi satu cabaran bagi adik Nor Aisyah dalam pelajarannya.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Rentetan itu, beliau bertekad untuk mempelajari kemahiran komputer dan teknologi maklumat dengan mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Kg Paya Mengkuang. Hasil pembelajaran dan penglibatan dengan kursus serta latihan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Paya Mengkuang, adik Nor Aisyah kini  telah berada di tahap sederhana mahir dalam penggunaan komputer dan ICT memandang beliau masih lagi murid sekolah rendah yang perlu mempelajari lebih banyak ilmu pengetahuan. Adik Nor Aisyah seringkali menghadiri ke setiap program, kelas dan latihan yang dianjurkan untuk meningkatkan lagi pemantapan kemahiran dalam menguasai internet dengan lebih cekap dan efektif.