mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2018 Q3 : USAHAWAN 1

NAMA : SITI MUNIRAH BINTI MD SAAD
UMUR : 34 TAHUN
AHLI : 28 OKTOBER 2015

LATAR BELAKANG

Puan Siti Munirah merupakan seorang guru sekolah dan mempunyai seorang suami serta 4 orang anak yang masih bersekolah. Puan Munirah juga merupakan seorang pemegang Ijazah Sarjana muda di Universiti Malaya. Selain itu, beliau telah melanjutkan pelajaran beliau dalam KPLI Institut Perguruan Pulau Pinang. Beliau telah menetap di Kampung Paya Mengkuang bersama keluarganya. Puan Munirah telah bergiat aktif di dalam perniagaan online ini sejak 5 tahun yang lalu di bawah pimpinan projek STG.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Sebelum penglibatan dengan aktiviti serta program yang dijalankan oleh Pusat Internet, Puan Munirah  hanya menggunakan telefon pintar sebagai platform utama untuk mempromosikan produk-produk beliau dan tidak menggunakan komputer sedia ada yang terdapat di Pusat Internet Kampung Paya Mengkuang

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Selepas penglibatan dengan program-program dan aktiviti-aktiviti  di Pusat Internet, Puan Munirah  menjadikan PI  sebagai satu platform untuk beliau mempelajari dan menambahkan pengetahuan dalam bidang ICT serta menjadikan PI sebagai satu tempat penerimaan dan penyaluran informasi melalui e-kerajaan