NAMA | : NOR AZUANIE BINTI IBRAHIM |
UMUR | : 25 TAHUN |
AHLI | : 28 JANUARI 2016 |
LATAR BELAKANG
Nor Azuanie merupakan seorang usahawan dalam bidang makanan. Beliau menghasilkan kuih tradisional serta moden. Beliau menceburi bidang ini apabila percubaan pertama beliau mendapat sambutan yang menggalakkan. Kuih yang diusahakannya adalah brownies dan kuih siput. Perniagaan beliau ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila tiba musim perayaan. Nor Azuani merupakan seorang graduasi daripada Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah. Beliau telah tamat pengajian ijazah dalam bidang Pengurusan Maklumat pada tahun 2016. Beliau menceburi bidang keusahawanan ini pada tahun 2017, apabila beliau baharu tamat pengajian di UiTM Kedah.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Sebelum penglibatan dengan aktiviti dan program yang dijalankan oleh Pusat Internet, Nor Azuanie kurang mendapat pendedahan mengenai informasi bidang keusahawanan.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Selepas penglibatan dengan program-program dan aktiviti-aktiviti di Pusat Internet, Nor Azuanie menjadikan Pusat Internet sebagai satu platform untuk beliau mempelajari dan menambahkan pengetahuan dalam bidang ICT serta menjadikan Pusat Internet sebagai satu tempat penerimaan dan penyaluran informasi melalui e-kerajaan dan lain-lain sumber dalam mempergiatkan perniagaan beliau.