NAMA | : SITI AISHAH BINTI YAHYA |
UMUR | : 12 TAHUN |
AHLI | : 15 OKTOBER 2015 |
LATAR BELAKANG
Adik Aishah merupaka seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Paya Mengkuang. Beliau sering menjadi sumber rujukan buat adik-adiknya untuk membuat kerja sekolah dan ulangkaji mata pelajaran. Adik Aishah adalah seorang yang aktif berkunjung ke Pusat Internet Kampung Paya Mengkuang untuk menggunakan kemudahan ICT yang disediakan serta mengikuti kelas-kelas dan latihan yang dianjurkan.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Sebelum penubuhan Pusat Internet Kampung Paya Mengkuang ,Aishah menyatakan beliau tidak mengetahui langsung mengenai selok-belok penggunaan komputer dan teknologi maklumat. Dengan itu, tuntutan sebagai murid untuk mendapatkan maklumat serta sumber rujukan dan membuat kerja-kerja kursus yang diminta oleh guru menjadi satu cabaran bagi adik Aishah dalam pelajarannya.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Rentetan itu, beliau bertekad untuk mempelajari kemahiran komputer dan teknologi maklumat dengan mendaftar sebagai ahli Pusat Interrnet Kg Paya Mengkuang. Hasil pembelajaran dan penglibatan dengan kursus serta latihan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Paya Mengkuang, adik Aishah kini telah berada di tahap mahir dalam penggunaan komputer dan ICT. Hal ini adalah disebabkan adik Aishah sering menghadiri ke setiap program, kelas dan latihan yang dianjurkan untuk meningkatkan lagi pemantapan kemahiran dalam menguasai internet dan perisian computer dengan lebih cekap dan efektif