NAMA | : NUR HIDAYAH BINTI ABD RAHIM |
UMUR | : 28 TAHUN |
AHLI | : 13 SEPTEMBER 2018 |
LATAR BELAKANG
Puan Hidayah merupakan seorang ibu kepada dua orang anak. Beliau telah mencipta nama sebagai peniaga atas talian dan langsung bersama produk kecantikan MaryKay dengan gelaran Sales Director
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Sebelum penglibatan dengan aktiviti serta program yang dijalankan oleh Pusat Internet , Puan Hidayah hanya menggunakan telefon pintar sebagai platform utama untuk mempromosikan produk-produk beliau dan tidak menggunakan komputer sedia ada yang terdapat di Pusat Internet Kampung Paya Mengkuang. Beliau juga tidak mengetahui perkhidmatan dan kemudahan serta bimbingan keusahwanan yang dijalankan di Pusat Internet.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Selepas penglibatan dengan program-program dan aktiviti-aktiviti di Pusat Internet, Puan Hidayah menjadikan PI sebagai satu platform untuk beliau mempelajari dan menambahkan pengetahuan dalam bidang ICT serta menjadikan PI sebagai satu tempat penerimaan dan penyaluran informasi melalui e-kerajaan. Beliau juga menjadikan PI sabagai satu rakan kerjasama dalam bidang pembangunan keusahawanan kepada komuniti setempat terutamanya kepada warga Paya Mengkuang.