mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2018 Q4 : USAHAWAN 1

NAMA : NORASMA BINTI RAZALI
UMUR : 34 TAHUN
AHLI : 10 MARCH 2017

LATAR BELAKANG

Puan Norasma merupakan seorang surirumah dan ibu kepada empat orang anak. Namun, beliau bijak mengambil peluang dengan berniaga secara sambilan sama ada atas talian atau secara langsung. Beliau telah berjaya bersama produk perniagaan beliau iaitu produk rangkaian camar haryan.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Sebelum penglibatan dengan aktiviti dan program yang dijalankan oleh Pusat Internet, Puan Norasma kurang mendapat pendedahan mengenai informasi bidang keusahawanan.Beliau juga tidak kurang mahir mengenai ilmu ICT memandangkan beliau hanya berpendidikan di peringkat menengah sahaja. Namun, beliau sentiasa memiliki sifat ingin belajar walaupun sibuk dengan urusan seharian

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Selepas penglibatan dengan program-program dan aktiviti-aktiviti serta latihan di Pusat Internet, Puan Norasma menjadikan Pusat Internet sebagai satu platform untuk beliau mempelajari dan menambahkan pengetahuan dalam bidang ICT serta menjadikan Pusat Internet sebagai satu tempat penerimaan dan penyaluran informasi melalui e-kerajaan dan lain-lain sumber dalam mempergiatkan perniagaan beliau. Beliau sering  mendapatkan khidmat serta bantuan daripada petugas Pusat Internet untuk meningkatkan jualan produk beliau serta saluran promosi.