mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2018 Q4 : USAHAWAN CELIK IT

NAMA : NORASMA BINTI RAZALI
UMUR : 34 TAHUN
AHLI : 10 MARCH 2017

LATAR BELAKANG 

Puan Norasma binti Razali  merupakan seorang suri rumah dan mempunyai empat orang cahaya mata.  Beliau turut menjalankan perniagaan dengan menjadi agen kepada produk keluaran Camar Haryan.  

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Sebelum penubuhan Pusat Internet Kg Paya Mengkuang,  Puan Asma menyatakan beliau tidak mengetahui langsung mengenai selok-belok penggunaan komputer dan  teknologi maklumat. Beliau juga seorang yang sederhana dalam pendidikan dan hanya belajar di peringkat menengah sahaja.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Rentetan itu, beliau bertekad untuk mempelajari kemahiran komputer dan teknologi maklumat dengan mendaftar sebagai ahli Pusat Interrnet  Kg Paya Mengkuang. Hasil pembelajaran dan penglibatan dengan kursus serta latihan yang dianjurkan oleh Pusat Internet  Kg Paya Mengkuang, Puan Asma kini  telah berada di tahap  mahir dalam penggunaan komputer dan ICT. Hal ini adalah disebabkan beliau  sering menghadiri ke setiap program, kelas dan latihan yang dianjurkan untuk meningkatkan lagi pemantapan kemahiran dalam menguasai internet dan perisian komputer dengan lebih cekap dan efektif