|
LATAR BELAKANG
Tahap Pendidikan: Sekolah Kebangsaan Paya Mengkuang
Status : Murid Tahun 6
Bilangan Adik Beradik: Anak sulong daripada empat orang adik beradik
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI
Sebelum penubuhan Pusat Internet Kg Paya Mengkuang, adik Fatin menyatakan beliau tidak mengetahui langsung mengenai tatacara penggunaan komputer dan teknologi maklumat. Kebanyakan murid sekolah rendah tidak mempunyai pendedahan mengenai ilmu ICT.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI
Rentetan itu, beliau bertekad untuk mempelajari kemahiran komputer dan teknologi maklumat dengan mendaftar sebagai ahli Pusat Interrnet Kg Paya Mengkuang. Hasil pembelajaran dan penglibatan dengan aktiviti serta latihan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Paya Mengkuang, adik Fatin kini telah berada di tahap mahir dalam penggunaan komputer dan ICT. Hal ini adalah disebabkan beliau sering menghadiri ke setiap program, kelas dan latihan yang dianjurkan untuk meningkatkan lagi pemantapan kemahiran dalam menguasai internet dan perisian komputer dengan lebih cekap dan efektif