|
LATAR BELAKANG
Puan Nur Salbiah merupakan seorang surirumah dan ibu kepada tiga orang anak. Namun, beliau bijak mengambil peluang dengan berniaga secara sambilan sama ada atas talian atau pun secara langsung. Beliau telah berjaya bersama produk perniagaan beliau iaitu produk rangkaian Camar Haryan dan Herba Asmak.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI
Sebelum penglibatan dengan aktiviti dan program yang dijalankan oleh Pusat Internet, Puan Nur Salbiah kurang mendapat pendedahan mengenai informasi bidang keusahawanan.Beliau juga tidak kurang mahir mengenai ilmu ICT memandangkan beliau hanya berpendidikan di peringkat menengah sahaja. Namun, beliau sentiasa memiliki sifat ingin belajar walaupun sibuk dengan urusan seharian.
SELEPAS PENGGUNAAN/ PENGLIBATAN PI
Selepas penglibatan dengan program-program dan aktiviti-aktiviti serta latihan di Pusat Internet, Puan Nur Salbiah menjadikan Pusat Internet sebagai satu platform untuk beliau mempelajari dan menambahkan pengetahuan dalam bidang ICT serta menjadikan Pusat Internet sebagai satu tempat penerimaan dan penyaluran informasi melalui e-kerajaan dan lain-lain sumber dalam mempergiatkan perniagaan beliau. Beliau sering mendapatkan khidmat serta bantuan daripada petugas Pusat Internet untuk meningkatkan jualan produk beliau serta saluran promosi.