mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2019 Q1: USAHAWAN 2

NAMA : NURUL AMIRAH BT JAMALUDIN
UMUR :31 TAHUN
AHLI : 22 OKTOBER 2018

LATAR BELAKANG

Puan Nurul Amira merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau merupakan seorang balu yang kematian suami pada tahun 2017. Beliau menggunakan tulang empa kerat untuk menyara keluarga dan tiga orang anaknya. Beliau menamatkan pengajian dalam bidang Diploma Healthcare Management di Masterskill Collage. Kemudian, beliau bekerja sebagai Pembantu Klinik selama tiga tahun. Beliau juga pernah bekerja sebagai telemarketing dalam bidang Sales and Marketing di United Tele Sales di Kuala Lumpur. Apabila berhenti kerja, beliau menumpukan sepenuhnya kepada perniagaan secara atas talian.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Sebelum penglibatan dengan aktiviti serta program yang dijalankan oleh Pusat Internet, Puan Nurul Amira hanya menggunakan telefon pintar sebagai platform utama untuk mempromosikan produk-produk beliau dan tidak menggunakan komputer sedia ada yang terdapat di Pusat Internet Kampung Paya Mengkuang Beliau juga tidak mengetahui perkhidmatan dan kemudahan serta bimbingan keusahawanan yang dijalankan di Pusat Internet.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Selepas penglibatan dengan program-program dan aktiviti-aktiviti di Pusat Internet, Puan Amira menjadikan PI sebagai satu platform untuk beliau mempelajari dan menambahkan pengetahuan dalam bidang ICT serta menjadikan PI sebagai satu tempat penerimaan dan penyaluran informasi melalui e-kerajaan. Beliau juga menjadikan PI sebagai satu rakan kerjasama dalam bidang pembangunan keusahawanan kepada komuniti setempat terutamanya kepada warga Paya Mengkuang.