mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2019 Q3: CELIK IT

 

NAMA MUHAMMAD ARIL FARHAN BIN ROSIDI
UMUR :10 TAHUN
AHLI :20 September 2016

Latar belakang

Tahap Pendidikan: Sekolah Kebangsaan Paya Mengkuang

Status : Murid Tahun 4

Bilangan Adik Beradik: Anak ke dua daripada tiga orang adik beradik

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penubuhan Pusat Internet Kg Paya Mengkuang, adik Aril Farhan menyatakan beliau tidak mengetahui langsung mengenai tatacara penggunaan komputer dan teknologi maklumat. Kebanyakan murid sekolah rendah tidak mempunyai pendedahan mengenai ilmu ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Rentetan itu, beliau bertekad untuk mempelajari kemahiran komputer dan teknologi maklumat dengan mendaftar sebagai ahli Pusat Interrnet Kg Paya Mengkuang pada tahun 2016. Hasil pembelajaran dan penglibatan dengan aktiviti serta latihan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Paya Mengkuang, adik Aril Farhan kini telah berada di tahap mahir dalam penggunaan komputer dan ICT. Hal ini adalah disebabkan beliau sering menghadiri ke setiap program, kelas dan latihan yang dianjurkan untuk meningkatkan dan memantapkan kemahiran dalam menguasai internet dan perisian komputer dengan lebih cekap dan efektif