mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q1 2020: CELIK IT

NAMA : NURUL AINA ASYIEFA BT HASSAN
UMUR :13 TAHUN
AHLI : 6 JANUARI 2018

 

Latar belakang

Tahap Pendidikan: Sekolah Kebangsaan Paya Mengkuang

Status : Murid Tahun 6

Bilangan Adik Beradik: Anak ke empat daripada lima orang adik-beradik

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penubuhan Pusat Internet Kg Paya Mengkuang,  adik Aina menyatakan beliau tidak mengetahui langsung mengenai tatacara penggunaan komputer dan  teknologi maklumat. Kebanyakan murid sekolah rendah tidak mempunyai pendedahan mengenai ilmu ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Rentetan itu, beliau bertekad untuk mempelajari kemahiran komputer dan teknologi maklumat dengan mendaftar sebagai ahli Pusat Interrnet  Kg Paya Mengkuang. Hasil pembelajaran dan penglibatan dengan aktiviti serta latihan yang dianjurkan oleh Pusat Internet  Kg Paya Mengkuang, adik Aina kini  telah berada di tahap  mahir dalam penggunaan komputer dan ICT. Hal ini adalah disebabkan beliau  sering menghadiri ke setiap program, kelas dan latihan yang dianjurkan untuk meningkatkan lagi pemantapan kemahiran dalam menguasai internet dan perisian komputer dengan lebih cekap dan efektif