mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q1 2020: USAHAWAN 1

NAMA : NURUL FATHINI BT ZULKIFLI
UMUR :25 TAHUN
AHLI : 17 SEPTEMBER 2014

 

Latar belakang

Nurul Fathini merupakan seorang agen kepada rangkaian produk wangian dan dandanan diri daripada So Hot. Beliau menggunakan rangkaian media social bagi tujuan pengiklanan dan perniagaan produk ini seperti Facebook, Instagram dan juga WhatsApp.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan dengan aktiviti dan program yang dijalankan oleh Pusat Internet, Nurul Fathini kurang mendapat pendedahan mengenai informasi bidang keusahawanan. Pendapatan beliau adalah tidak menentu kerana keuntungan adalah berdasarkan kepada jualan yang dilakukan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau melibatkan diri dengan program-program dan aktiviti-aktiviti  di Pusat Internet, Nurul Fathini menjadikan PI  sebagai satu platform untuk beliau mempelajari dan menambahkan pengetahuan dalam bidang keusahawanan serta menjadikan PI sebagai satu tempat penerimaan dan penyaluran informasi melalui e-kerajaan. Beliau juga menjadikan PI sebagai satu rakan kerjasama dalam bidang pembangunan keusahawanan yang mana PI banyak menyalurkan maklumat kepada komuniti setempat.