mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q1 2020: USAHAWAN 2

NAMA : DINIE WAHIDA BT ABDUL RASHID
UMUR : 23 TAHUN
AHLI : 12 APRIL 2015

 

Latar belakang

Dini merupakan seorang gadis yang tinggal di kampung paya mengkuang dan tahap pendidikannya sehingga kolej kemahiran(IKM). Setelah tamat belajar, dini segera memulakan pekerjaan sebagai operator di sebuah kilang di bandar Gurun. Hampir setahun dini bekerja di kilang itu dan akhirnya membuat keputusan untuk memulakan perniagaan secara dalam talian dengan menjual minyak wangi berjenama Freshlah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan PI, Dini hanya menggunakan Facebook sendiri untuk mempromosikan barangan jualannya. Dini hanya tertumpu ke kawan-kawan di laman sosialnya sahaja untuk membeli minyak wangi tersebut. Dini  dapat menjual 5 ke 10 botol setiap minggu

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan dengan program dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet, Dini mampu mempromosi minyak wangi tersebut ke seluruh Malaysia dan dapat melipat gandakan hasil jualan secara bulanan dan menambah pendapatan kepada Dini. PI juga turut membantu dari segi cara penulisan di laman sosial sebagai salah satu cara pemasaran yang berkesan.