mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q2 2020: CELIK IT

 

NAMA : NURUL NABILAH BT RAVI
UMUR : 24 TAHUN
AHLI : 20 NOVEMBER 2014

Latar belakang

Tahap Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda

Status : Bujang

Bilangan Adik Beradik: Anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penubuhan Pusat Internet Kg Paya Mengkuang,  Nabila menyatakan beliau mengalami kesukaran untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan semasa di sekolah menengah memandangkan tiada pusat ICT dan kemudahan makmal komputer yang lengkap di sekolah. Hal ini menyukarkan beliau dan para  pelajar lain untuk menghasilkan kerja khusus yang berkualiti dan terbaik. Beliau juga kurang mahir dalam pengetahuan dan kemahiran iCT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Rentetan itu, beliau bertekad untuk mempelajari kemahiran komputer dan teknologi maklumat dengan mendaftar sebagai ahli Pusat Interrnet  Kg Paya Mengkuang. Hasil pembelajaran dan penglibatan dengan aktiviti serta latihan yang dianjurkan oleh Pusat Internet  Kg Paya Mengkuang, adik  Nabila kini  telah berada di tahap  mahir dalam penggunaan komputer dan ICT. Hal ini adalah disebabkan beliau  sering menghadiri ke setiap program, kelas dan latihan yang dianjurkan untuk meningkatkan lagi pemantapan kemahiran dalam menguasai internet dan perisian komputer dengan lebih cekap dan efektif.