|
Latar belakang
Nurul Atikah merupakan seorang surirumah yang tinggal di Kampung paya mengkuang. Sebelum menjadi ejen produk ESW ini,beliau berniaga makanan seperti ayam goreng dan minuman di sekitar kampung paya mengkuang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan PI, Atikah hanya menjual produk menggunakan hanya 1 laman sosial media peribadi milik beliau. Selain itu, beliau tiada asas kemahiran transaksi bank dalam talian seperti Maybank2u. Ini akan menyulitkan Atikah untuk berulang alik ke bank setiap kali ingin memindahkan wang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penglibatan dengan program dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet, petugas telah menjalankan kelas asas mengambil gambar produk menggunakan telefon bimbit agar Atikah boleh mengambil gambar produk sendiri. Selain itu, petugas turut mengajar Atikah untuk melakukan transaksi bank dalam talian agar mudah untuk beliau memindahkan wang. Disamping itu, beliau juga menyertai kelas ICT yang lain seperti kelas asas Gmail, Instragram dan Twitter.