|
Latar belakang
Cik Zuriani merupakan seoarang graduan Universiti Utara Malaysia dalam bidang Pengurusan Perniagaan. Beliau kini merupakan seorang kakitangan di THB Maintenance Sdn.Bhd. Beliau menjalankan perniagaan sampingan ini bagi menambah sumber pendapatan bagi menyara kehidupan keluarga.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti dan program di pusat internet, Cik Zuriani tidak pernah mendapatkan sebarang bimbingan secara langsung daripada mana-mana sumber untuk meningkatkan jualan. Beliau secara sendirian dan juga bantuan rakan-rakan mempromosikan perniagaan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penglibatan dengan program dan juga aktiviti serta latihan di Pusat Internet, Cik Zuriani menjadikan Pusat Internet sebagai satu platform untuk beliau mempelajari dan menambahkan pengetahuan dalam bidang ICT serta menjadikan Pusat Internet sebagai satu tempat penerimaan dan penyaluran informasi melalui e-kerajaan dan lain-lain sumber dalam mempergiatkan perniagaan beliau. Beliau sering mendapatkan khidmat serta bantuan daripada petugas Pusat Internet untuk meningkatkan jualan produk beliau serta saluran promosi.