|
Latar belakang
Tahap Pendidikan: Sekolah Kebangsaan Paya Mengkuang
Status : Murid Tahun Enam
Bilangan Adik Beradik: Anak pertama daripada tiga orang adik beradik.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penubuhan Pusat Internet Komuniti Kg Paya Mengkuang, adik Dania menyatakan beliau tidak mengetahui langsung mengenai tatacara penggunaan komputer dan teknologi maklumat. Kebanyakan murid sekolah tidak mempunyai pendedahan mengenai ilmu ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Rentetan itu, beliau bertekad untuk mempelajari kemahiran komputer dan teknologi maklumat dengan mendaftar sebagai ahli Pusat Interrnet Komuniti Kg Paya Mengkuang. Hasil pembelajaran dan penglibatan dengan aktiviti serta latihan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Komuniti Kg Paya Mengkuang, adik Dania kini telah berada di tahap separa mahir dalam penggunaan komputer dan ICT. Hal ini adalah disebabkan beliau sering menghadiri ke setiap program, kelas dan latihan yang dianjurkan untuk meningkatkan lagi pemantapan kemahiran dalam menguasai internet dan perisian komputer dengan lebih cekap dan efektif