mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q3 2020: USAHAWAN 1

 

NAMA : SUKHRIYYAH BT ISHAK 
UMUR : 33 TAHUN
AHLI : 21 DISEMBER 2018

Latar belakang

Puan Sukhriyyah menggunakan nama Brownies by Afif Kitchen untuk memperkenalkan produk perniagaan beliau. Beliau menghasilkan aneka jenis brownies hampir setiap hari dengan tema yang pelbagai termasuk untuk majlis-majlis keraian dan juga perlahwinan. Beliau menggunakan rangkaian media sosial bagi tujuan pengiklanan dan pemasaran produk perniagaan  beliau  seperti Facebook, Instagram dan juga WhatsApp.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan dengan aktiviti dan program yang dijalankan oleh Pusat Internet, Puan Sukhriyyah kurang mendapat pendedahan mengenai informasi bidang keusahawanan secara lebih mendalam. Beliau hanya memfokuskan kepada penghasilan dan penjualan brownies sahaja. Beliau menjual kepada pelanggan hanya dalam komuniti yang terdekat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau melibatkan diri dengan program-program dan aktiviti-aktiviti  di Pusat Internet, Puan Sukhriyyah menjadikan PI  sebagai satu platform untuk beliau mempelajari dan menambahkan pengetahuan dalam bidang keusahawanan serta menjadikan PI sebagai satu tempat penerimaan dan penyaluran informasi melalui e-kerajaan dan aktiviti perniagaan e-dagang. Kini beliau aktif dalam perniagaan e-dagang melalui platform shopee yang mana beliau telah mempelajari asas  perniagaan shopee di PI Kg Paya Mengkuang. Beliau juga menjadikan PI sebagai satu rakan kerjasama dalam bidang pembangunan keusahawanan yang mana PI banyak menyalurkan maklumat kepada komuniti setempat.