mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q3 2020: USAHAWAN 2

NAMA : SITI SALBI BT ZAINOL ABIDIN
UMUR : 31 TAHUN
AHLI : 25 JULAI 2020

 

Latar belakang

Puan Siti Salbi merupakan seorang pengusaha kek lapis Sarawak. Beliau mendapat idea untuk menghasilkan kek lapis original resepi daripada Sarawak berikut beliau berkahwin dengan suaminya yang merupakan orang Sarawak. Keluarga sebelah suaminya memang mengusahakan pelbahai jenis kek lapis seperti kek masam manis, kek belacan dan lain-lain. Oleh yang demikian, beliau bertindak untuk mengusahakan kek lapis ini di Kedah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan dengan program PI, Puan Siti Salbi menggunakan medium media sosial untuk mempromosikan kek lapis Sarawak keluaran beliau. Beliau banyak mengiklankan produknya di facebook dan WhatsApp.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan dengan program dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet, Puan Siti Salbi mengorak setapak lagi dengan menjual produk keluaran beliau di platform Shopee sebagai langkah untuk meluaskan lagi pasaran dengan lebih mudah dan pantas