|
Latar belakang
Jannatul Adawiyah menjalankan perniagaan atas talian dengan menjual produk kecantikan dan kesihatan wanita iaitu produk keluaran Fefet Malaysia dan Magic C Pure. Beliau menggunakan rangkaian media sosial bagi tujuan pengiklanan dan pemasaran produk perniagaan beliau seperti Facebook, Instagram dan juga WhatsApp.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan dengan aktiviti dan program yang dijalankan oleh Pusat Internet, Jannatul Adawiyah hanya menggunakan platform Facebook, Instagram dan juga WhatsApp untuk mengiklankan perniagaan beliau. Beliau hanya mempelajari sendiri kaedah pemasaran tersebut.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Apabila beliau mengetahui Pusat Internet Kg Paya Mengkuang menawarkan kursus pemasaran atas talian, beliau segera dating ke pusat internet untuk mendaftar sebagai ahli pusat internet. Setelah beliau melibatkan diri dengan program-program dan aktiviti-aktiviti di Pusat Internet, Jannatul menjadikan PI sebagai satu platform untuk beliau mempelajari dan menambahkan pengetahuan dalam bidang keusahawanan serta menjadikan PI sebagai satu tempat penerimaan dan penyaluran informasi melalui e-kerajaan dan aktiviti perniagaan e-dagang. Kini beliau aktif dalam perniagaan e-dagang melalui platform shopee yang mana beliau telah mempelajari asas perniagaan shopee di PI Kg Paya Mengkuang. Beliau juga menjadikan PI sebagai satu rakan kerjasama dalam bidang pembangunan keusahawanan yang mana PI banyak menyalurkan maklumat kepada komuniti setempat.