|
Latar belakang
Puan Sirinda merupakan seorang kakitangan kerajaan di sebuah unit pentadbiran Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau bertekad untuk menceburi perniagaan melalui platform e-dagang setelah mengetahui Pusat Internet Komuniti Kg Paya Mengkuang menyediakan ursus perniagaan di Shopee.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan dengan program PI, Puan Sirinda tidak tahu tentang cara menjadi peniaga menggunakan platform e-dagang melalui shopee. Sebelum ini, beliau hanya tahu menngunakan shopee untuk pembelian barang peribadi sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penglibatan dengan program dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet, Puan Sirinda mengorak langkah dengan menjual produk ikhtiar rawatan resdung di platform Shopee. Beliau sangat bersyukur kerana produk yang dipasarkan oleh beliau dapat menembusi pasaran seluruh Malaysia.