LAPORAN AKTIVITI DISEMBER 3 : SCHOOL HOLIDAYS SUMMER ACTIVITIES : LAYAR ICT & KAHOOT ICT
TARIKH | : 26 DISEMBER 2017 |
MASA | : 10.00 AM – 1.00 TGH HARI |
LOKASI | : PUSAT INTERNET KG PAYA MENGKUANG |
PESERTA | : 15 PESERTA |
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini telah dijalankan adalah untuk memeriahkan musim cuti sekolah dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah di kalangan pelajar sekolah
AKTIVITI
Aktiviti yang dilakukan adalah dengan menonton cerita Tombirio ‘Penunggu Rimba ‘ yang merupakan adaptasi karya novelis Ramlee Awang Murshid serta menjawab soalan melalui web kahoot.com
LAPORAN AKTIVITI DISEMBER 2 : MY PLACE@PUSAT INTERNET KG PAYA MENGKUANG
TARIKH | : 19 DISEMBER 2017 |
MASA | : 10.00 AM – 11.00 TGH HARI |
LOKASI | : PUSAT INTERNET KG PAYA MENGKUANG |
PESERTA | : 10 PESERTA |
TUJUAN
Memperkenalkan kepada komuniti modul My Place yang terkandung dalam dashboard komuniti sebagai satu modul untuk mengesan destinasi yang wajar oleh komuniti setempat. Latihan diberikan kepada pelajar sekolah menengah dan rendah. Antara kelebihan-kelebihan selepas kelas ini di adakan adalah untuk menarik minat peserta supaya meminati teknologi komputer dan ICT, mengetahui dan mempelajari perisian yang disediakan oleh Pusat Internet, meningkatkan kecekapan penggunaan internet untuk diadaptasikan dalam kehidupan harian serta memahami konsep dunia tanpa sempadan dan digital dan memahami kempen bagi program klik dengan bijak (kdb)
AKTIVITI
Menentukan tempat-tempat sasaran seperti tempat menarik , tempat-tempat makan, penginapan dan tempat bersejarah. Melatih peserta menggunakan google maps untuk mencari koordinat yang tepat bagi tempat yang ingin dimasukkan di dalam My Place
LAPORAN AKTIVITI DISEMBER 1 : DASHBOARD KOMUNITI MYSHOP WORKSHOP
TARIKH | : 12 DISEMBER 2017 |
MASA | : 10.00 AM – 12.00 TGH |
LOKASI | : PUSAT INTERNET KG PAYA MENGKUANG |
PESERTA | : 7 PESERTA |
TUJUAN
Memperkenalkan dashboard komuniti kepada para pelajar tentang kegunaan dan kepetingannya. Kali ini peserta di beri pendedahan tentang myshop sebagai salah satu modul yang perlu diketahui dan didalami. Myshop adalah ruang niaga untuk peniaga tempatan mereka boleh meluaskan peluang perniagaan dan membawa produk setempat ke merata dunia selain dapat meningkatkan sosio ekonomi penduduk setempat.
AKTIVITI
Mempelajari teknik pengambilan gambar produk melalui photo studio , kaedah editing gambar dan cara memuatnaik gambar produk ke dalam myshop serta membuat storytelling di ruangan keterangan produk. Selain itu, peserta juga telah diberikan taklimat berkaitan dengan dashboard komuniti dan kegunaan modul myshop serta memuatnaik gambar produk bagi tujuan promosi.
LAPORAN AKTIVITI NOVEMBER : ADVOKASI KDB DAN DASHBOARD KOMUNITI SEMPENA FESTIVAL KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
TARIKH | : 11 NOVEMBER 2017 |
MASA | : 9.00 PG – 2.30 PTG |
LOKASI | :KAMPUS UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) |
PESERTA | : 117 PESERTA |
TUJUAN
Menjalankan program promosi dan kesedaran yang bertujuan untuk mendidik masyarakat umum berkaitan kepentingan ICT dan salah laku terhadap penggunaan internet. Selain itu, untuk merapatkan hubungan Pusat Internet dengan komuniti setempat dan mewujudkan hubungan dua hala antara PI1M dengan pihak universiti
AKTIVITI
- Memberi taklimat kesedaran ‘Online Grooming’
- Memberi taklimat berkaitan dengan dashboard komuniti
- Promosi dashboard komuniti dan download Apps
- Menambahkan keahlian baru PI1M
- Kempen klik dengan bijak (KDB)
- Kempen check your label
- Kempen e-waste
- Soalan kuiz
- Game ICT Online
LAPORAN AKTIVITI OKTOBER : BENGKEL PEMPROSESAN SOS LADA HITAM (KEUSAHAWANAN)
TARIKH | : 11 OKTOBER 2017 |
MASA | : 9.30 PG – 1.00 TGH |
LOKASI | : PUSAT INTERNET KG PAYA MENGKUANG |
PESERTA | : 11 ORANG |
TUJUAN
Bengkel teknologi penghasilan sos lada hitam dilaksanakan bagi melahirkan usahawan yang menceburkan diri secara serius dalam industry memproses makanan khususnya sos. Dengan menyertai bengkel ini para peserta akan didedahkan kepada teknik memproses sos lada hitam yang boleh dihasilkan dari rumah , bengkel mahupun di kilang yang khusus berasakan kepada modal yang dimiliki. Peserta boleh menggunakan kemahiran ini untuk membuka bengkel atau kilng memproses sos lada hitam sendiri atau boleh juga dibuat secara kecil-kecilan di rumah.
AKTIVITI
Kebaikan yang diperolehi daripada program ini adalah dapat membentuk usahawan baru yang baru berjinak-jinak dalam keusahawanan sekaligus dapat memberikan ilmu pengetahuan kepada usahawan yang sedia ada. Peserta telah diberikan sedikit penerangan mengenai resepi atau bahan-bahan yang harus digunakan dalam penghasilkan sos . Telah diadakan tayangan slide show dan tayangan video melalui laman youtube . Seterusnya, peserta dikehendaki untuk melihat toturial pemprosesan sos lada hitam dan langkah memproses dengan membuat sendiri sos tersebut .Setelah selesai memproses sos tersebut peserta dikehendaki untuk membuat pembungkusan sos dan dibahagikan kepada ahli-ahli yang terlibat . Bahan-bahan mentah seperti lada hitam, tepung sos, gula dan garam telah disediakan oleh pihak Pusat Internet. Peserta telah dikenakan bayaran yuran kemasukkan bengkel bagi menampung perbelanjaan program. Nota resepi telah disediakan oleh Pusat Internet sepanjang tempoh bengkel berlangsung. Sementara menunggu sos lada hitam masak peserta telah diberikan pemeriksaan kesihatan secara percuma dengan menggunakan alat pemeriksaan my health .
LAPORAN AKTIVITI SEPTEMBER : KARNIVAL KOKURIKULUM KERJAYA DI MAAHAD AL IMAM AS SYAFIE
TARIKH | : 7 SEPTEMBER 2017 |
MASA | : 9.00 PG – 12.00 TGH |
LOKASI | : MAAHAD AL IMAM AS SYAFIE PENDANG |
PESERTA | : 130 ORANG |
TUJUAN
Sempena program karnival kerjaya ini , Pusat Internet telah diundang untuk membuat aktiviti kepada para pelajar yang terlibat. Oleh itu, Petugas telah memberikan talk klik dengan bijak untuk pelajar tersebut. Program klik dengan bijak ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberikan panduan keselamatan serta kesedaran tentang risiko-risiko yang akan dihadapi oleh pelajar. Mesej yang ingin disampaikan adalah berobjektifkan budi Bahasa dan menjaga keperibadian ketika melayari internet serta berinteraksi secara berhemah. Kebaikan yang diperolehi daripada program ini adalah dapat membentuk kesedaran awam terutamanya kepada pelajar-pelajar sekolah mengenai keselamatan internet dengan memberi panduan keselamatan di internet. Di samping itu, kempen ini adalah bermatlamatkan keselamatan, waspada dan tanggungjawab pengguna terutama bagi pelajar di bawah umur untuk mengawal diri semasa melayari internet.
AKTIVITI
Kebaikan yang diperolehi daripada program ini adalah dapat membentuk kesedaran awam terutamanya kepada pelajar-pelajar sekolah mengenai keselamatan internet dengan memberi panduan keselamatan di internet. Di samping itu, kempen ini adalah bermatlamatkan keselamatan, waspada dan tanggungjawab pengguna terutama bagi pelajar di bawah umur untuk mengawal diri semasa melayari internet. Aktiviti ini adalah sebagai pelengkap kepada aktiviti utama untuk melahirkan suasana program yang lebih menarik dan seronok kepada setiap peserta. Antara aktiviti sokongan adalah mempromosikan keahlian di Pusat Internet , permainan dam ular dan juga explorace. Selain itu, terdapat juga aktiviti kawad kaki daripada pihak sekolah yang disertai oleh para pelajar.
LAPORAN AKTIVITI OGOS : PROGRAM ‘AKU ANAK MERDEKA, NEGARAKU SEHATI SEJIWA ‘
TARIKH | : 25 OGOS 2017 |
MASA | : 10.00 PG – 5.00 PTG |
LOKASI | : PUSAT INTERNET KG PAYA MENGKUANG |
PESERTA | : 50 ORANG |
TUJUAN
Program ‘Aku Anak Merdeka’ #negarakusehatisejiwa diadakan adalah bertujuan untuk mempromosikan Pusat Internet kg Paya Mengkuang dan menarik minat golongan ibu bapa untuk menggunakan Pusat Internet sebagai pusat sehenti mendapatkan maklumat umum dan menggunakan PI1M sebagai pusat pembelajaran ilmu ICT masa kini. Disamping itu, petugas juga dapat menjalinkan hubungan yang erat antara golongan ibu bapa dan warga komuniti serta kerjasama dengan institusi pendidikan yang berhampiran seperti sekolah dan tadika.
AKTIVITI
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah ‘Mama draw, we colour’ iaitu melukis dan mewarna yang mana ibubapa akan melukis dan anak-anak akan mewarna lukisan tersebut yang bertemakan sambutan hari kemerdekaan untuk menyemarakkan semangat cintakan negara Malaysia. Telah diadakan juga promosi untuk menambahkan keahlian baru dengan memberi cenderahari kepada ahli yang baru mendaftar. Turut diadakan juga aktiviti memuat turun aplikasi dashboard komuniti ke dalam telefon pintar.
Selain itu, diadakan taklimat klik dengan bijak (KDB) ‘ Online Grooming ‘ untuk mendidik pelajar supaya berwaspada dan menjaga keperibadian apabila berada di alam maya. Setelah itu, telah diberikan kuiz secara atas talian melalui my komuniti di dalam dashboard serta kuiz spontan. Akhir sekali adalah sesi penyampaian cenderahati bagi pemenang-pemenang pertandingan.
LAPORAN AKTIVITI JULAI : E- PEMBELAJARAN ENGLISH CENTRAL
TARIKH | : 15 JULAI 2017 |
MASA | : 10.00 PG – 12.00 TGH |
LOKASI | : PUSAT INTERNET KG PAYA MENGKUANG |
PESERTA | : 6 ORANG |
TUJUAN
Kelas ini telah dihadiri oleh 6 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membentuk masyarakat celik IT, tambahan pula adalah dikalangan pelajar sekolah. Selain itu, ianya juga dapat membantu para peserta mempelajari bahasa inggeris secara interaktif
AKTIVITI
Para peserta telah diberikan pengenalan mengenai laman web english central dan langkah kegunaan , kebaikan english central serta mempelajari bahasa inggeris melalui video. Peserta juga turut dibekalkan dengan user ID beserta kata laluan untu sign-in ke laman tersebut. Laman web ini amat menarik minat mereka untuk mempelajari bahasa inggeris dan membuatkan mereka lebih yakin tentang kemampuan mereka terhadap subjek bahasa inggeris.