|
TUJUAN
Tujuan kelas ini dijalankan di Pusat Internet Kg Paya Mengkuang untuk membantu para pelajar yang lemah dalam bahasa English. Mereka terdiri daripada pelajar sekolah rendah seramai 8 orang hadir dan menyertai kelas ini. Kelas ini dapat membantu mereka supaya mahir dan tidak malu untuk berkomunikasi dalam bahasa English kerana bahasa ini antara bahasa yang penting dalam kehidupan seharian selain bahasa Melayu.
AKTIVITI
Aktiviti yang pertama yang dilakukan ialah mereka diberi masa untuk menonton video yang berkomunikasi dalam bahasa English supaya mereka tidak kekok ketika sesi pembelajaran yang dikendalikan oleh para petugas. Selain itu, mereka juga diminta untuk bercakap dan bertanya soalan dalam bahasa English juga. Disamping itu, mereka dapat menambah ilmu pengetahuan lebih mendalam lagi tentang bahasa English dan membantu mereka supaya lebih berkeyakinan ketika bercakap sekali gus dapat membantu daya keupayaan diri mereka.