|
TUJUAN
Tujuan kelas dijalankan untuk memberi ilmu tentang IT kepada para pelajar yang tinggal di sekitar kampung Paya Mengkuang. Kelas ini juga untuk membantu banyak para pelajar agar tidak ketinggalan mempelajari tentang kemajuan ICT yang sedang dikecapi oleh negara kita.
AKTIVITI
Aktiviti pertama yang dijalankan ialah mengenali pasti perkakasan dan fungsi komputer yang bakal digunakan dan mengatur cara kerja yang betul untuk menggunakan perkakasan tersebut. Selain itu, mereka turut diberi tunjuk ajar untuk mencari maklumat berkaitan pelajaran di internet. Kebanyakan sekolah kini sering menggunakan medium internet untuk berinteraksi bersama pelajar mereka. Sebagai contoh, para pelajar kini akan menghantar segala tugasan melalui kaedah E-mail yang lebih mudah dan cepat.