|
TUJUAN
Kelas aktiviti Canva merupakan salah satu yang paling digemari oleh para pelajar. Selain membuat poster, mereka juga boleh menghasilkan kad ucapan secara digital dan ianya boleh terus dihantar kepada rakan dan keluarga melalui aplikasi Gmail dan Whatapps.
AKTIVITI
Kelas aktiviti seperti ini diadakan sekali seminggu di PIK Kg Paya Mengkuang. Mereka yang pernah hadir ke kelas ini mampu menghasilkan poster sendiri tanpa bantuan petugas PIK. Oleh itu, kelas ini sering mendapat permintaan daripada pelajar yang ingin meluahkan kreativiti mereka. Kelas yang diadakan setiap hari Jumaat ini juga menjadi salah satu cara untuk pelajar melupakan gadget seperti telefon dan hanya mefokuskan kepada kreativiti semata-mata.