|
TUJUAN
Pihak KWSP ada membuat program perkhidmatan Mobile Team KWSP di PEDi Kg Paya Mengkuang. Sebagai tuan rumah, petugas PEDi menwar-warkan kehadiran mereka kepada komuniti setempat. Pelbagai perkhidmatan kaunter KWSP boleh dijalankan di PEDi pada hari tersebut. Oleh itu, penduduk yang ingin berurusan di KWSP hanya perlu membawa kad pengenalan dan boleh terus berurusan.
AKTIVITI
Aktiviti utama iaitu pelbagai kaunter perkhidmatan kaunter boleh dijalankan kerana pihak KWSP telah menyediakan kaunter lengkap sebagaimana di pejabat mereka. Oleh itu, penduduk yang berurusan pada hari tersebut tidak mempunyai sebarang masalah untuk berurusan.