|
TUJUAN
Kelas ini merupakan salah satu kelas yng sering mendapat perhatian para peserta kerana mereka boleh mengeluarkan segala kreativiti mereka untuk menghasilkan poster atau kad ucapan menggunakan aplikasi Postermywall.
AKTIVITI
Kelas ini dimulai dengan pencarian bahan untuk dimasukan ke dalam kad mereka. Selain itu, mereka juga didedahkan dengan penggunaan huruf dan perkataan yang cantik dan kemas. Disamping itu, kelas ini dapat menjadi platform untuk mereka menjadi kreatif dan inovatif. Akhir sekali, mereka diminta untuk mencipta satu poster yang berkaitan tahun baru 2020 dan memasukan azam mereka supaya poster itu kelihatan cantik dan boleh dijadikan koleksi peribadi mereka kelak.