|
TUJUAN
Sempena Tahun Baharu Cina yang bakal tiba tidak lama lagi, petugas PEDi mengadakan kelas poster dan kad ucapan sempena perayaan ini. Walau kesemua peserta adalah berbangsa Melayu, petugas tetap mengadakan kelas ini dengan harapan kesemua peserta dapat menghargai dan menghormati sambutan perayaan kaum lain.
AKTIVITI
Aktiviti dimulai dengan penerangan ringkas mengenai kelas ini. Tujuan utama ialah membuat poster dan kad ucapan bertemakan perayaan Tahun Baharu Cina. Bagi memudahkan para peserta, petugas menggunakan aplikasi Canva bagi membuat poster dan kad. Ini kerana terdapat banyak pilihan reka bentuk.