|
TUJUAN
Program Advokasi bersama palajar Kemas diadakan setelah 2 tahun tiada program advokasi secara fizikal bersama pelajar Kemas. Oleh itu, petugas PEDi Kluster Pendang mengatur satu program supaya para pelajar lebih mesra bersama petugas PEDi.Selain itu, petugas PEDi menyediakan aktiviti mewarna secara fizikal dan atas talian juga.
AKTIVITI
Selain aktiviti mewarna, petugas juga turut memperkenalkan perkakasan komputer kepada para pelajar yang hadir. Kebanyakan mereka berumur 5-6 tahun dan belum pernah terdedah kepada pengenalan kepada komputer. Oleh itu, ini adalah kesempatan terbaik untuk petugas PEDI menjalankan program advokasi seperti ini.