|
TUJUAN
Kelas E-Tuisyen merupakan kelas tambahan pembelajaran secara atas talian yang dikendalikan oleh guru-guru yang profesional. Walaupun kelas ini berbayar, peserta yang menyertai kelas ini, tidak perlu keluar ke pekan untuk mengikuti kelas tambahan seperti yang dijalankan di pusat-pusat tuisyen. Peserta hanya perlu ke PEDi yang berdekatan dan boleh terus mengikuti kelas tuisyen.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan sejerus tiba peserta ke PEDi. Kelas ini berlangsung selama 1 jam dan guru yang mengajar menggunakan permainan pembelajaran sebagai kaedah beliau berinteraksi bersama para peserta.